Saturday 30 June 2012

Hilang...

Tadi gigih aku update gune habdphone, sekali bile aku post ilang plak entry 2....tensionnnnnn..

Grrrrrrrr....
Geram aku... Nak mengajok...
Kbye!!!!

Tuesday 26 June 2012

Malam Raya

Assalammualaikum wbt

Korang jangan terkejut pula pasal tajuk entry aku kali ini. Ini bukan entry lama aku tukar tarikh atau tersalah update. Tapi memang betul sekarang ni malam raya, tapi itu istilah budak-budak dekat lab robocon ni jika esok adalah hari yang penting. Contohnya kalau ada mana-mana robot competition yang disertai atau pameran-pameran yang memerlukan robot-robot di setup, so malam sebelum event tu kitorang panggil malam raya. Aku pun tak tahu mana datang idea panggilan malam raya ni.

Tapi mengenai malam raya yang aku cakapkan ni, bukan pasal esok ada robot competition, tapi esok semua pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan upm akan membentangkan projek masing-masing kepada para examiner dan juga orang dari industri. So kira malam ni juga malam raya lah pasal sekarang ni merupakan saat-saat akhir untuk tacap-tacap projek masing-masing dan mungkin juga masa untuk practise untuk bercakap esok.

image

Aku punya persiapan boleh dikatakan sudah 90% untuk excibition esok. Lagi 10% mungkin dari “kekonfidenan” kot. Poster dah tampal dah petang tadi, hardware pun dah boleh dikatakan siap kot. Kalau korang nak datang tengok pun boleh. Kesemua 8 jabatan kejuruteraan kat UPM buat excibition serentak. Kalau korang nak tengok aku punya projek boleh lah ke excibition jabatan electrik dan electronik di dewan peperiksaan 2. (macam adoooo).

Kepada semua member2 yang sama-sama berexhibition esok, selamat berjaya yer. Buatlah yang terbaik.

20120625_173442

20120625_174257

Oklah, jumpa lagi di entry akan datang.

Wasalam wbt…

p/s: masih mengupdate di pagi bute seperti biase.

Monday 25 June 2012

Kotak Fikiran

Assalammualaikum wbt.

Bertemu kembali di dalam entry lewat pagi aku ini. Asal aku update blog je, mesti waktu pagi bute. time-time orang semua sedang sibuk buat solat istikharah…kennnnnn…konon nak cakap baru lepas solat lah tu. sudahlahhhhh….oklah, honestly aku baru lepas buat slide tuk presentation FYP aku esok. Lepas je presentation tu, dah kire complete lah semua pekara untuk aku selayaknya dianugerahkan ijazah.

Berbalik kepada tajuk malam ni, memang saja nak berkongsi apa yang aku fikirkan dan apa yang selalu belegar-legar dalam fikiran aku.

1. Balik kampung : Bukan sebab homesick ke apa, tapi memang lama dah aku tak balik kampung, dan akhirnya aku dah balik dah selasa yang lepas sehingga hari jumaat. Selepas habis exam aku terus balik pada keesokkan harinya. Tiada apa aktiviti yang menarik spanjang aku kat kampung halaman, cuma lepak-lepak dengan kawan-kawan yang ada. satu dua orang je pun. Aku n kawan aku tu pergi karaoke dan tengok movie baru cerita “Abraham Lincoln: Vampire Hunter”. Boleh tahan juga best cerita tu. So kat bawah ni aku share beberapa gambar semasa aku kat kampung.

IMG_20120624_034054IMG_20120624_034437IMG_20120624_03415020120620_191008

2. Makan Durian: Minggu lepas ada juga perasaan nak makan durian, memandangkan selalu je ambil bau kalau lalu jalan di hadapan petronas berhampiran kolej aku ni. Ada orang jual durian dekat situ. Dan mungkin Allah tu dengar permintaan aku tu, so Dia kabulkan terus. Alhamdulillah, ada satu hari tu aku pergi lab, Bro K bawak durian seguni datang lab. Katanya dari dusun, so memang betul-betul fresh punya durian. Memang tak lama lepas tu memang licin lah semua durian tu budak-budak dekat lab makan. Lepas makan tu korang paham-paham jelah macam mana bau satu kat lab tu.

IMG_20120618_02193920120616_22203520120616_22204820120616_222027

3. Final Year Project (FYP): Pasal fyp ni aku rasa dah bnyak kali aku cerita dekat entry-entry sebelum ni. Kalau korang rajin baca blog ni, mesti korang pun dah menyampah dengar keluhan aku kan. So, tak payah cerita sangatlah pasal fyp ni. Korang buat-buat faham sahaje gambar kat bawah ni.

20120518_16023520120516_08411620120518_12045120120501_063652

4. Menganggur: Benda ni memang selalu sangat dah berpusing dalam kotak fikiran aku ni. Aku rasa lepas raya lah baru cari kerja kaw-kaw punya. Hahahaha. dapat cuti lama sikit. Setakat ni masih belum dapat mana-mana offer lagi. Kalau setakat interview tu, adalah lah satu dua. Kalau drop or email resume tu dah bepuluh dah aku rasa. Kira adalah juga ushakan dari pada takdo langsung. Gambar kat bawah ni, test masa aku buat masa 1st interview, dengan tak prepare apa-apa, dia suruh jawab soalan yang ambil masa sejam lebih jugalah. Memang ke lautlah aku jawab.hahahaha

IMG_20120526_183932

5. Bergraduat: Memang pekara ini merupakan apa yang di idam-idamkan semua pelajar dan termasuklah aku. Tinggal lagi beberapa percent je lagi untuk aku melangkah kaki untuk meninggalkan UPM. AKu paling benci untuk ucapkan selamat tinggal dan apa-apa sahaja ucapan perpisahan. Memang tak berapa retilah. Kalau masa sekolah dulu, lepas je abes last paper spm, aku terus balik asrama tukar baju n blah je. Tak jumpa pun kawan-kawan kelas, budak-budak dorm… Mungkin aku ni cuba nak elakkan perasaan sayu ditunjukkan dikhalayak ramai. Tapi bila dah naek bus tu, memang terkenanglah memori dengan budak-budak sekolah semua. Dan aku percaya mesti lepas grad dri upm ni, aku akan sentiasa teringatkan tasik fakulti, lab robocon iaitu tempat aku slalu melepak sampai ke subuh since aku 2nd year lagi dan banyak lagilah.

IMG_20120522_203730IMG_20120618_021515IMG_20120624_031814IMG_20120624_03470120120618_16105620120618_161048

…………………………………………….

Kalau hendak dikirakan, memang infiniti lah pekara yang aku fikirkan. Dan aku rasa cukup sekadar di atas sahaja untuk aku kongsikan di pagi buta ni.

Kepada yang tengok bola tu, jagan risau last2 Spain juga yang jadi juara bila final 2 July nanti. hahahaha.

Jumpa di entry akan datang yer. Kalau aku rajinlah.

Wasalam….

p/s: Doa-doakan aku dipermudahkan untuk present fyp esok yer kawan-kawan… –.-

Tuesday 19 June 2012

Noktah Bukan Penghujungnya…

Assalammualaikum…

Beberapa hari lepas aku update post mengenai peperiksaan yang yang berlangsung sekarang di UPM. Dengan ini aku sekarang nk mengumukan bahawasanya aku sudah habis menjawab semua paper untuk peperiksaan kali terakhirnya. Mudah-mudahan tiada paper yang aku kene re-seat semula untuk final. Walaupun ada dua paper yang aku rasa macam berpotensi untuk jahanam, tapi aku cube berfikiran positif. Semalam aku menjawab dua  paper dalam satu hari. Walaupun aku pernah juga melalui pengalaman seperti semalam ini pada beberapa sem yang lalu, tapi pengalaman semalam adalah tersangat pedih kerana aku memang tak boleh jawab kedua-dua paper tu. Memang susah giler gampang aku cakap. Aku pun malas nak cerita lebih pasal paper semalam, jadi aku tunggu result lah lagi dua minggu ni.

Berlalu sudah hari peperiksaan semalam bukanlah penghujung kepada segalanya. Bukan waktu untuk bersuka ria, tapi sekarang debaran final year project (fyp) menjelma. Untuk presentation fyp dibuat secara excibition sahaja, dan ia lebih mengurangkan nervous kepada semua pelajar untuk mempamerkan dan membentangkan projek masing-masing. Begitu juga aku, masih lagi belum 100% menyiapkan persediaan untuk hari excibiton itu nanti. Tanggal 26/05/2012 merupakan tarikh semua pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan UPM akan membentangkan projek mereka masing-masing.

Mungkin Ahad ni juga aku baru siapkan semua persediaan tuk hari tersebut. Memandangkan sudah terlalu lama aku tak balik kampung, jadi aku merancang nak balik hari ni terus. Dan sekarang ni aku berada di Terminal Bas Selatan atau dikenali dengan TBS. Ada wifi free wokk di sini. Memandangkan bas aku pun pukul 3 nanti, baik aku update blog untuk memenuhi masa kosong ni.

Walaupun exam aku sudah habis, tapi bukan untuk rakan-rakan kelas aku yang lain. Masih ada rakan yang masih ada paper sehingga jumaat ni. Apa yang aku dapat ucapkan, selamat menduduki exam dan selamat berjaya. Kalau ada tips2 tu sharing2 lah dengan kawan yang lain bak kate orang muda “jangan makan sorang". Janganlah pula lagi 2 jam nak exam baru nak bagi tips dengan kawan-kawan, kalau macam tu baik jangan bagi pasal benda macam tu akan membengangkan kawan korang juga.

Dan aku rasa selepas bergraduasi mungkin aku akan lebih kerap untuk mengupdate blog, dan mungkin juga sebagai sepenuh masa memandangkan sinar-sinar untuk menganggur cukup tinggi potensinya aku lihat sekarang. ALah, nak risau apakan, bro Ben Ashaari rileks je berenti kerja sebagai pegawai kerajaan untuk jadi blogger sepenuh masa. Mungkin aku pun boleh jadi macam dia kalau aku ni gigih sikit la. Tapi apa-apa pun aku cuba jugalah mencari peluang-peluang pekerjaan yang ada. Bak kata pepatah “Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam”. JAdi aku harap ada jugalah untung sabut dalam beratus untung batu yang aku dapat. Insyaallah…

Setakat ini entry kali ini, berjumpa di entry akan datang.

Salam Wbt…

p/s: tiada gambar entry kali ni, malas nak upload. nak pergi naek bas dah ni.

Saturday 16 June 2012

Peperiksaan Akhir (UPM)

Assalammualaikum wbt.

Hari ini sudah masuk hari ke-5 minggu peperiksaan untuk semua pelajar Universiti Putra Malaysia, UPM. Peperiksaan kali ini merupakan peperiksaan akhir aku yang ke-8 kalinya. Sudahlah akhir katenyer, tapi 8 kali pula. macam mane tu? maksudnye aku sudah berada di semester yang ke-8 bersamaan dengan 4 tahun tempoh pengajian aku di UPM ini. Inshaallah tahun ni aku akan bergraduat dan menggenggam segulung ijazah. Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic) menjadi santapan aku selama empat tahun berada di UPM.

Berbalik pada tajuk untuk entry aku kali ini, mengenai peperiksaan akhir. Walaupun sudah berkali-kali menduduki peperiksaan, tapi perasaan gementar n cemas memang tidak dapat dielakkan lagi-lagi bagi subjek tak dapat score untuk carry mark. Jadi jika carry mark rendah, memang jwapannye jawab final exam untuk lulus sahajalah. Macam petikan dibawah inilah. a

Memang aku tidak menyangkal petikan ini, memang aku mengaku ia kene tepat kat batang hidung aku sendiri. Pada permulaannya memang nak score A. Tapi bila sudah dua tiga kali menduduki final exam, score A tu bukan semudah yang dijangka. Kadang-kadang lebih memikirkan untuk lulus sahaja. jika carry mark tinggi sekali pun belum tentu dapat score A, jadi ia kadang-kadang mematahkn semngat untuk meletakkan “A” sebagai target. Hasilnya, “LULUS” adalah target terbaru dan ia merupakan syarat untuk bergraduat.

image

Gambar diatas merupakan jadual untuk peperiksaan terakhir aku untuk semester yang ke 8. Semalam aku menduduki peperiksaan untuk subjek Advance Analog, dan rumusan daripada paper itu ialah “Susah Giler Gampang”. Hopefully aku “LULUS”. Dan isnin hadapan aku ada dua paper dalam satu hari. Yang ini aku sendiri pon tak tahu macam mana nak manage time untuk study, pasal untuk kedua paper ini aku memang lemah dan banyak yang aku blank. Carry Mark pun rendah giler babeng, dan sekali lagi aku berharap LULUS untuk kedua peperiksaan akan datang ini.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam, Hari esok lebih baik dari hari ini, Dan hari mendatang lebih baik untuk kita menuju kejayaan. Jadi aku percaya ramai rakan yang lain juga terutama mereka yang menuntut di IPTA, walaupun sedikit berlainan tarikh exam, tapi tidak jauh berbeza. Jadi selamat berjaya untuk korang juga.

Wassalam wbt.

p/s: lepas final exam, sibuk dengan excibition Final Year Projek pula.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons