Sunday 15 June 2014

Part 2: Kembara Di Korea Selatan (Independent)

Assalammualaikum wbt…

Hah… Korang jangan terkezutt pasal akhirnya aku berjaya menyambung entry terhadap kesinambungan daripada penceritaan aku pada Part 1 yang lepas… Hah…korang tengok…Disebabkan korang lah aku berjaya mengupdate untuk part yang kedua walaupon sebeum ni ada sejarah itam yang pernah aku katakan sebelum ini mengenai entry aku yang bermula dengan Part 1, dan berakhir di Part 1 jugak..Dalam erti kata lain mungkin entry itu hanya PAUSE di situ buat sementara waktu… Apa-apa pon aku nak teruskan dengan sambungan cerita aku berkembara di bumi Korea Selatan.

Pada minggu kedua ini, aku dan dua orang lagi member lelaki berhajat untuk melencong merayau di Kota Seoul bersama-sama tanpa bantuan rakan sekerja yang dulunya menuntut di Korea… Nampak tak ke Gentleman aku kitorang kat situ. Pada mulanya diorang ajak juga pergi kesana bersama, tapi kitorang merasakan adalah tidak berapa manis untuk menumpang rumah orang untuk dua minggu yg berturutan… Hah.. Tengok, ade gak perasaan pemalu aku ni..sesuai lah kalau korang yang single minggle nak masuk meminang aku… *tak Salah perempuan meminang lelaki ye tak????

Pada mulanya kitorang agak mushkil untuk merayau ke Seoul bertiga, tapi aku katakan bila lagi nak mencuba sendiri berjalan di tempat orang… Kalau tersesat tu biasalah lah pasal belum biasa dengan tempat orang.. Dan lebih membuatkan kami lebih confident ialah system pengangkutan di Korea adalah sngat AWESOMEEEEE!!!! hanya pastikan Metro Card (*mcm Touch & Go Card) ada balance, than kite boleh naik semua jenis pengangkutan di sana terutamanya train. Memang terlalu banyak line dan semua tempat menarik yang kita nak pergi di Seoul ada route keretapi. Kiranya kalau korang jalan-jalan than sesat, korang cari jelah Metro Station, dan cari semula station yang korang familiar.

Panjang pulak mukhadimah aku kali ni. Ok. Minggu ni kitorang ke Seoul seawal 8:30Pagi. Kami begerak ke Samsung dengan bus samsung yang disediakan secara berkala, dan dari samsung kami menaiki cab untuk ke Cheonan Metro Station.Tapi sebenarnya bas yang membawa kitorang pergi ke kilang tu akan terus ke Cheonan Station selepas itu, tetapi disebabkan tak tahu, kitorang turun di Samsung Station dan naik Cab ke sana. *pepatah melayu ade berkata “Malu Bertanya Sesat Jalan”.

image

Hah.. Di Cheonan Station ni ade sikit cerita, sampai-sampai sahaja kitorang check dan reload amount untuk Metro Card dahulu sebelum mencari platform untuk menaiki train. Di Metro Station, kadang-kadang senang terkeliru dengan No Platform dan No Line… DI Korea terdapat lebih kurang 15 Line Train. Korang hanya perlu tahu Line apa yang korang kena naik. Kadang2, Train untuk Line 4 bukannya berada di Platform 4 sahaja, tapi ia mungkin berenti di Platform 8… Macam Kes kitorang, mula-mula follow signboard, tapi rasa macam pelik jer, so kami bertanya dengan orang yang berada di Kaunter Pertanyaan. Dan dia kata Platform 8… Daripada kes ini, baru kitorang faham serba sedikit tentang system subway di Korea ni. dan lebih mudah, korang boleh mendownload aplikasi Android untuk perkhidmatan Train di Korea. Korang hanya search sahaja naik train dimana dan ingin turun kemana, automatik aplikasi ini akan tunjukkan kat mana korang kene turun, bertukar train bagai dan lebih menarik aplikasi ini tunjukkan masa train berlepas dan menunjukkan pilihan route untuk ketempat yang ining dituju. *korang search jelah kat Playstore “MetroidHD” aplikasi ni.

image

Tak silap akulah, 1st Station kitorang turun adalah di Myeongdong-Station. Sampai disana, kitorang jalan-jalan di Myeondong Street… Lebih kurang macam Petaling Street la kalau kat Malaysia. Waktu ni aku banyak servey harga barang pasal ramai member2 dan family tempah pelbagai barang. Terutamnya barangan kosmetik. Di sini memang bnyak kedai-kedai barangan kosmetik macam Body Shop, Skin Food, NAture Republic dan bermacam lagi. Yang lebih menariknya, kalau beli barang kat sini mesti dapat banyak gila sample free. Yang penting kebanyakkan sample tu yang memang jenis standard diorang jual. Kiranya ikot diorang capai-capai untuk bagi korang. Antara paling banyak barang aku belikan untuk orang ialah FAce Mask.. Orang pesan pasal kata kat sini harga agak murah. Tapi aku pon tak tahu harga pasaran di Malaysia berapa pasal aku tak pakai bende-bende macam ni, jadi aku beli sahaja ikot quotation.

image

image

Selain itu, kami ada juga masuk di Pasaraya besar di Seoul contohnya Shinsege. FYI pasaraya ini pemiliknya adalah Samsung. Tu malas nak cerita pasal samsung ni, kalau aku cerita tak cukup ruang nanti. Secara Amnya, Samsung ni bukan hanya sekadar manufacturing Industri sahaja, tetapi bnyak lagi bidang yang dipelopori oleh Samsung.

image

Aku pon terpaksa membeli sebijik luggage baru untuk hand carry bawak masuk flight pasal barang-barang untuk dibawa balik dah tak tercukup dengan hanya satu bag. Bag ni aku beli di Myeongdong kalau tak silap. Itu pon selepas dapat sehabis murah dengan ada uncle Korea ni… Untuk gambar dibawah ni aku dah malas nak ulas. Korang tengokjelah watermark untuk mengetahui location gambar di ambil. Tapi mungkin ada location yang tersilap. Pasal aku pun dah ingat-ingat lupa.

image

image

image

image

image

image

image

image

Cukup sampai disini untuk Part 2. korang tunggulah untuk part yang seterusnya…

Wasalam…

p/s: Penat jugak nak recall activity kat korea… Banyak benda yang dah lupa…

 

Tuesday 3 June 2014

Part 1: Kembara Di Korea Selatan

Assalammualaikum wbt…

Korang nampak tak permainan tajuk entry aku kali ni?? Hah, kalau korang perasan dulu pon aku penah buat tajuk part-part ni… Tapi sampai kesudah tak ado part 2 nya… Tapi kali ni aku cuba sedaya upaya untuk menghabiskan penceritaan ini sehingga ke part yang terakhir. Termasuk juga spare part.

Macam aku cakap di entry sebelum ini, aku akan ceritakan keseronokkan aku semasa berada di korea untuk perkongsian bersama kita semua… *kunon macam ade tips pelancongan badjet…

image

Untuk memudahkan korang memahami bebelan aku ini, aku mention lah awal-awal setiap part menceritakan pengalaman 1 minggu aku beseronok. Contohnya kalau ada sambungan part 2, itu bermaksud penceritaan untuk minggu ke-2 aku di Korea. Harap korang semua tak adelah yang dungu sangat macam aku sampai susah sangat nak paham. Kalau tak faham juga, korang pm aku jelah yer…Sila bertanya di ruangan comment di bawah…

Kali pertama dapat keluar berjalan selain daripada pergi-balik dari kerja adalah ke sebuah shoping mall yang letaknye beberapa km daripada Samsung SDI di Cheonan. Aku dan member sekerja berjalan kaki ke sana… Nampak tak bertapa gayat nye aku??? Pergi shoping mall pon dah jakun… Macam manalah tak jakun nak habaq kat korang, dah hari-hari naek bas pergi-balik kerja je… Sekali dapat besiar-siar sendiri, memang jakunlah jugak… Dalam otw ke shoping mall tu, adelah beberapa keping gambar sempat aku dan member yang lain snap2… Padahal pergi E-Mart ni tak ada beli apa pon. Usha-usha barang jer.

imageimage

imageimage

Lebih superduper happy bila member yang sama training tau selok belok korea ni pasal study di sini, Anis, Izzati dan Zati nama diorang.*Kasi sikit penghargaan nama disebut dalam blog yang meletopsss ni. Jumaat selepas habis waktu kerja, kami terus naek bus daripada Samsung Cheonan ke Seoul. Baju semua memang dah siap-siap packing masa pergi kerja pagi tu… Penginapan malam tu pula , aku dan lagi  2 orang member lelaki menumpang di rumah budak Malaysia yang belajar kat sana dan diorang ni junior si Anis.

Perjalanan ke Seoul mengambil masa lebih kurang 2 jam jugalah. Disebabkan jarak yang jauh kitorang pergi ke Seoul hari jumaat, supaya sepanjang hari sabtu kami dapat meluangkan masa yang lebih di Seoul. Sepanjang di Seoul, si Anis, Izzati dan Zatilah menjadi Tour Guide aku dan member yang lain. Pasal diorang sudah biasa dengan Seoul dan boleh berbahasa korea… Sampai sahaja Di Seoul, kami dibawa berjalan dibeberapa tempat yang menarik di Seoul. Kiranya macam Pre-Visit la… Aku Share gambar-gambar kat bawah jelah.

imageimageimageimageimageimage

Dan ke-Esokkan harinya… *Nampak tak aku malas dah nak menaip, aku bagi gambar je…

imageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimage

Oklah…. Cukup kot gambar-gambar tempat yang aku lawati sepanjang minggu pertama di Korea. Caption tempat tu tak larat nak buat untuk semua gambar. Esok kerja cik kak oi… Ari dah lewat ni aku tak tido lagi…

Salam…

p/s: Part 2 aku rasa lebih kurang sama je tempat nye… Tapi sedikit pemandangan yang berbeza…

 

Monday 2 June 2014

HoneySun di Korea…

Assalammualaikum wbt…

Macam biasalah Nawza dengan penuh riaknya nak becerita pengalaman melancong di Korea Selatan… Berapa lama??? owh…Tak lamelah aku kat sana… 28 hari jer… Ok yg Melancong tu aku tipu!!! Sebenarnya mempunyai urusan kerja disana… Lebih kurang macam traininglah… Tapi kiranya macam sambil menyelam tu aku minom air lah… Aku nak cerita bende-bende yang seronok je kat sana… Kalau cerita pasal kerja dah tentulah tak seronok… Owh SDIEM!!!!

Selama hampir sebulan kat sana, aku menginap di hostel yang disediakan pihak syarikat di sebuah daerah yang diberi nama Eumbong…*xingat ejaan yang betul. Kiranya bandar paling hampir ialah Cheonan… Penginapan yang disediakan adalah sngat baik walaupun sekadar hostel. Pelbagai kemudahan disediakan daripada Gym, Cafeteria sampailah ke bilik Karaoke…

imageimage

imageimage

image

Gambar kat atas ni semua kemudahan yang disediakan dihostel… Wifi pon disediakan. So taklah bosan sangat kalau duduk hostel… cukup mengenai penginapan… Mengenai cuaca pula, masa sampai disana tengah perubahan musim dari musim sejuk ke musim bunga… Berpeluang juga melihat bunga Sakura berbunga. Orang kata bunga ni setahun sekali je berbunga dan hanya bertahan selama seminggu lebih je sebelum bunganya gugur disebabkan hujan or dah tua…

image

Gambar bunga sakura ni di Samsung SDI Cheonan. Gambar ni pun ambil dari luar kawasan kilang… Pasal dalam kilang dilarang membawa sebarang alat yang boleh menangkap gambar. Kamera phone semua kena sealing dengan sticker… Sedih kan? Dalam Samsung ni sendiri banyak diorang tanam pokok sakura ni…

image

Ada juga kawasan lain yang bnyak bunga ni. Actually ditepi-tepi jalan pon banyak jer… Memamng cantik jugalah. Di Korea University pon mempunyai permandangan yang menarik semasa bunga Sakura ni berputik… Itupun member yang bawak jalan-jalan kat sana…

imageimage

Eh..Kenapa aku citer pasal bunga je ni???haishhh… Tak Salah kot kadang-kadang jadi mat bunga… hehehe… Belum aku cerita pasal bunga Tulip lagi ni… Tapi tu nantilah weh… AKu dah ngantoklah.. Nanti aku share lagi…

image

Sekeping gambar bunga Tulip….

Tunggu di next entry yer…

Salam…

p/s: Ada member opis nak kena pedajal dengan aku di entry akan datang.. Gamaknya dia nak gambar dia keluar bila Google SDIEM…

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons