Monday 16 October 2017

Kucing Sebagai Haiwan Peliharaan dan Keluarga

Assalamualaikum wbt...

Dari zaman bujang lagi, selalu sahaja bagi makan kucing-kucing yang datang rumah. Aku anggap semua tu kucing jiran walaupon jiran cakap dia pon tak tahu kucing sapa. Kadang-kadang kucing yang aku bagi makan tu bila dah besar memang cantik dan nampak segar bugar bulu nya. Tapi lepas tu mesti semua lesap. Tak tahulah hilang kene culik atau kucing-kucing tu berimigrasi. Kalau orang ambil, baguslah sekurangnya kucing tu ada tuan yang akan bagi commitments sepenuhnya menjaganya. Sebab aku pon hanya bagi makan time pergi dan balik kerja.




Selepas pindah rumah sendiri, barulah aku memberi full commitment untuk memelihara kucing sendiri. Bermula dengan 3 ekor anak kucing yang diberi orang, 2 ekor tidak sempat membesar selepas diserang virus pavo. Hanya seekor yang tinggal. Dan aku namakannya Puteh walaupon warnanya sebenarnya lebih kepada kepam.


Walaupon sudah ada Puteh, aku masih lagi meneruskan tradisi memberi makan kucing terbiar. Ada seekor kucng betina yang dahulunya beranak dibelakang rumahku, dan aku memberinya makan sehingga anak-anaknya sudah sedikit membesar. Tapi bila aku tinggalkan dalam seminggu cuti hari raya, anak-anaknya semua dah tiada. Hilang tanpa dikesan.

Selepas beberapa bulan, ibu kucing itu bunting lagi dan kali ini aku pastikan anak-anak dan ibu itu aku akan aku jaga penuh rapi. Melahirkan 4 ekor anak yang comel didalam mesin basuh rumahku adalah mengejutkan. Hampir aku basuh sekali anak beranak ni dengan baju aku.












Sekarang Puteh dah ada geng baru. Dah ada mangsa untuk dibulinya. Dan aku masih lagi belum memberi nama untuk anak-anak kucing ni. Kalau ikut aku senang je, ikut warna je.

P/s: next time aku share mengenai penjagaan dan badjet untuk pemakanan disamping alatan-alatan seperti sangkar dan pasir.

Nawza
16-October-2017
Samsung SDIEM

#berjinakjinakmembelakucing
#catlovers

Sunday 20 August 2017

Hikayat Nawza || Yang Pasti Minyak Itu Memang Panas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa tahun dahulu, aku ada upload video di dalam youtube. Video mengenai seorang mak cik yang menggoreng pisang tanpa menggunakan sudip. Sehingga kini, video itu sudah mencecah 150K view. Kalau lah aku tahu, dah lama aku set kan MONETIZE kat page youtube aku. Video ni aku rakam sendiri semasa pameran MAHA di Maeps Serdang.

Dulu, Youtube suruh Monetizekan aku buat bodoh jer sebab tak faham natang benda apakah ini..

Ramai daripada commenter mempunyai pendapat yang tersendiri mengenai video tersebut. Ada yang mengatakan mak cik tu sudah menyalut tangannya dengan chemical, ada yang mengatakan mak cik itu mempunyai ilmu yang tak semua orang ada. Tapi daripada pemerhatian aku, minyak yang digunakan adalah sama seperti yang kita gunakan di rumah semasa memasak. Dan aku terasa juga bahangnya sebab aku duduk paling hadapan semasa mak cik tu menggoreng pisang itu. Mengenai ilmu ataupun chemical yang digunakan, korang semua bolehlah tonton dan tafsirkan sendiri. Untuk mengelakkan pahala korang berkurangan, elakkan mengecam yer. Hahahaha....




Kalau ada Chemical yang selamat digunakan untuk jadi macam mak cik ni, korang share-share la info, boleh la aku guna. Senang nak goreng ikan kat rumah nanti.

Hikayat Nawza
20-August-2017
Slim River

p/s: korang jangan tak percaya aku boleh memasak.

Saturday 19 August 2017

Revolusi Hikayat Nawza Dahulu Dan Sekarang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entry kali ini, Nawza nak berkongsi cerita mengenai diri sendiri. Almaklumlah hampir bertahun tidak mengemaskini Hikayat Nawza. Pelbagai perubahan yang berlaku selama 2 tahun ini. Jadi nak update la juga sekarang buat apa, kerja tempat yang sama lagi ke dan macam-macam lagilah.

Zaman muda-muda dulu
Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd masih lagi menjadi tempat Nawza bekerja. Sudah genap 5 tahun Nawza berkhidmat untuk samsung. Tak tahu kenapa tak ada company lain yang nak offer kerja baru. Tak lakulah kot gamaknya kat luar. Tapi tak apalah, Nawza layan sahaja kerja disini, cukup bulan amek gaji. Dan yang paling penting entry Nawza semasa mula-mula masuk samsung dahulu masih lagi dirujuk oleh mereka-mereka yang berminat bekerja disini dan yang mendapat tawaran pekerjaan di Samsung. Refer entry: Memasuki Alam Pekerjaan (Samsung SDIEM). Kepada sesiapa yang nak jumpa retis ni bila join Samsung, boleh ke Department Quality untuk minta sign Nawza yer.
Officemate semasa dalam Samsung Engineering Department (2012~2015)
Officemate terkini dalam Samsung Quality Department (2016-Sekarang)
Selain daripada perubahan tempat kerja, umur dan berat juga berlaku perubahan dengan seiring. Dahulu boleh dikatakan kalau kene tiup angin boleh tumbang, sekarang ni taufan melanda pon boleh rileks je redah. Biasalahkan bila sudah berumah tangga ni, kenaikkan berat badan dikalangan suami-suami adala normal. Dan ia juga dikatakan sebagai norma kehidupan dimana suami yang buncit adalah seorang yang hensem. Hahahaha. Jangan jealous.... Yer.... Nawza sudah berkahwin. Dan ini merupakan perubahan yang terbesar melibatkan kehiudpan Nawza. 

Zaman hingusan seorang mahasiswa

Hari Persandingan Nawza dan PermaiSuri Hati...

Action....Anddddd Cut!!!

Raja nak bersantap.

Hikayat Nawza bermula semasa Nawza seoraang pelajar di institut pengajian tinggi, UPM dan diteruskan semasa start berkerja sebagai pekerja kilang dan sehinggalah kini sudah berumah tangga. Apabila membaca semula entry lama, terasa blog ini seperti sebuah diari Nawza sendiri. Setiap entry yang keluar mengingatkan situasi semasa blog dikemaskini. Cara penulisan pon lebih matang dibandingkan dengan entry yang lama. Bila dibaca semula, seperti penulisan budak2 weechat.

Diharapkan Nawza akan sentiasa consistence dalam mengemaskini Hikayat Nawza ini. Jadi tunggulah entry yang akan datang.

Nawza
19-August-2017
Slim River


Friday 18 August 2017

Berblogging... Masih Relevantkah Pada Masa Ini???

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah bertahun lamanya Nawza tak bermadah didalm blog ni. Hari ini tiba-tiba macam datang ilham untuk mengemaskini laman Hikayat Nawza yang boleh dikatakan hampir dua tahun tidak terusik. Selepas tamat zaman beajar di UPM aku boleh kira berapa entry sahaja yang sempat aku coretkan. Mungkin kerana kekangan kerja antara faktor berbloging semakin ditinggalkan.
Zaman bergetah masa awal-awal kerja kilang tahun 2012


MASIH RELEVANTKAH BERBLOGGING???

5 6 tahun dahulu boleh aku boleh lah juga dikatakan active sedikit berbloging. Dengan berblog ni aku kenal ramai orang kerana medium ini membuatkan kita secara tidak langsung membina networking antara blogger. Dahulu ramai blogger menjadi sumber rujukan aku untuk menambahkan ilmu dalam berbloging supaya menjana lebih banyak idea yang bernas (adeke???) untuk aku mengarang. Antara page bloger yang wajib aku bukak setiap hari antaranya ialah Ben Ashaari, Arif Shah, Zhulaikha, Jejari Runcing, RedMummy & ramai lagi...

Dahulu, blog dijadikan wadah untuk berkongsi pengalaman hidup, berkongsi ilmu dan pelbagai juga tips kehidupan dan berblogging juga dapat menjadi sumber pendapatan para blogger apabila meraihnya daripada pelbagai rangkaian iklan yang berbayar seperni nuffnang (Hah, klik la iklan-iklan nuffnang yang muncul di side bar page Nawza ni). Terdapat juga blogger yang melakukan perkhidmatan pengiklanan dengan mempromosikan sesuatu produk di sidebar page.

Muktahir ini, pelbagai media digunakan untuk mendapatkan sumber pendapatan selain daripada berbloging. Ramai daripadanya berpindah kepada youtube (Video), Facebook dan instagram. Sesebuah perniaggan untuk memasarkan produk dan jenama juga sudah semakin mudah. Adakah medium blogging masih lagi relevant digunakan pada masa sekarang? Masih adakah otai-otai blogger pada suatu masa dahulu masih lagi menumpukan hanya pada berbloging untuk menjana pendapatan?

Ramai daripada kita semua sedia maklum, terdapat juga blogger yang suatu masa dahulu sangat popular di media ini, diangkat menjadi model dan artis. Hanis Zalikha antara blogger yang cukup dikenali suatu masa dahulu sebelum menjadi artis. Anjakan paradikma yang dilakukan oleh beberapa blogger untuk memperluaskan kretiviti dan sumber pencarian pendapatan  semakin menjadi ikutan.

Objektif mendapatkan pendapatan tambahan yang tinggi seperti 5 6 tahun dahulu dengan berbloging aku rasa bukan lagi menjadi medium utama. Ramai daripada kita sudah berubah kepada media yang lebih mudah seperti Youtube, facebook dan instagram. Menghadilkan video pendek dengan view yang ramai juga boleh menjadikan sumber pendapatan jika dibuat dengan kaedah yang betul seperti Monetize video di youtube.

Rezeki Allah itu ada dimana-mana. Cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dan pastikan ianya dari sumber yang halal.


Sekian coretan Nawza yang dah lama x berblogging ni. Nantikan Entry yang akan datang.

Salam....

p/s: Mungkin entry akan datang mengenai Nawza dahulu Vs sekarang...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger | Printable Coupons